Ulasan Buku : Golongan yang tercicir dari jalan dakwah.(Bahagian 1)
Permulaan : Ulasan buku haraki adalah suatu permulaan bagi penggerak harakah yang ditarbiah. Ulasan semestinya telah didahulukan dengan pembacaan, muzakarah, usrah dan analisis yang bertepatan dengan kondisi jamaah semasa.
Betapa cantiknya garapan Fathi Yakan seorang tokoh penggerak Islam Lubnan yang telah mengaitkan pertikaian jamaah-jamaah seluruh dunia, mengambil pengajaran dan dihurai secara bersahaja dalam setiap bab dan topik buku ini. Buku ini sewajarnya menjadi bahan utama pembacaan ahli dakwah yang telah memahami perjuangan Islam secara kolektif. Bagaimana seni mengurus manusia diselitkan dalam usaha memperbaiki dan mencegah kerosakan jamaah akibat kelemahan komponennya iaitu manusia.
Semestinya buku ini umpama kit atau tool box yang mengandungi pelbagai peralatan gantian, minyak pelincir serta ubatan untuk memperbaiki mesin pergerakan Islam. Melihat kepada komponan jamaah adalah manusia yang abstrak, maka perlu bagi kita menelusuri perjuangan dan sunnah penggerak harakah berpengalman seperti Ustaz fathi Yakan ini. Beliau walaupun berkelulusan Kejuruteraan Elektrik, amat berkarisma dalam melontar idea resolusi baik pulih jamaah antarabangsa.
Mengapakah beliau terlalu kritis memberi cadangan demi cadangan untuk pemerkasaaan jamaah antarabangs lain? Utamanya sikap beliau terlalu perihati kepada kemunduran dan kelemahan jamaah lain kerana pengalaman beliau yang terlalu luas. Beliau memberi contoh realitas dan gambaran jelas serta relaven sehingga hari ini rasanya.
Kali ini penulis hanya berhasrat untuk mengupas perihal kelemahan jamaah sehingga mengakibatkan keguguran ahli dari medan juang. Kelemahan tersebut ialah kelemahan perencanaan tarbiah.
Selalunya gerakan Islam hanya menyelitkan ruang kecil semata-mata untuk tarbiah. Kebanyakkan emosi dan akal diperuntukkan untuk pentadbiran, perkelahian serta siasah. Hal ini mneyebabkan ada pemimpin yang mengatakan kami tidak lagi perlu ditarbiah kerana telah jelas kami telah sampai ke tahap qiyadah dan tahap pemimpin. Kami juga kini hanya perlu mentarbiah orang lain bukan untuk diajar-ajar lagi. Ini simptom egois yang amat teruk melanda kini. Tambahan pula jamah kini kebanyakkannya tidak memperuntukkan tarbiah untuk golongan atasan. Tarbiah pula tidak konsisten dan dikawal.
Selalu juga tarbiah jamaah tidak diseimbangkan elemen utama tarbiah, seperti tarbiah saqafah (keilmuan), aqliyah(isu semasa), hilmun (kesopanan), siasiyah(Politik dan pentadbiran), jasadiyyah dan ruhiyyah (kerohanian) serta tarbiah praktikal tertentu. Maka lahirlah generasi yang tidak seimbang. Generasi yag berat sebelah mindanya. Generasi partial, berpemikiral structural dan tidak holistik. Ahli yang membezakan kelompok tarbiah dan siasah dalam jamaah. Tarbiah begini sememangnya bukan bertujuan membina fikrah homogenous (wahdah/kesatuan). Tarbiah begini hanya melepas batuk ditngga.
Ada pula pemimpin tidak berkasih sayang dalam mentarbiah. Mereka senang sahaja menyelar, memusuhi dan mengkelompokkan ahli mereka sendiri. Mereka langsung tidak seperti Baginda Rasul yang amat berkasih sayang. Mereka juga tidak istiqaah ingin menbentuk anak buah. Tidak konsisten mengawal, mengikuti perkembangan serta bertindak peka dengan kesusahan anak buah. Sekadar mengarah madu’ tunduk dengan buah-buah pegisiannya.
Ada juga pergerkan Islam memperuntukkan si penceramah tarbiah mehnah dan cabaran dalam Islam, tetapi bukan ahlinya. Pentarbiah ini langsung tidak pernah diuji, macam manakah boleh memberi petunjuk kepada orang lain? Sepatutnya bacaan sebeginilah perlu dikaji dan diteliti oleh pemimpin gerakan agar mereka tidak salah dalam percaturan ahli. Ahli lemah dan takut berjuang semuanya daripad pemimpin yang lemah.
Walaubagaimana sibuk pun peminpin atau ahli jamaah, Ustaz Fathi menyatakan kewajipan tarbiah tetap tidak luntur.
Moga ulasan ini ada kebaikkannya. Selamat membaca.
Abg Din
Labels: Ulasan Buku
0 comments:
Post a Comment