Tanzim Haraki

MEMAHAMI TANZIM HARAKI

Maksud tanzim:

Dari segi bahasa membawa maksud mengumpulkan, menyusun dan menyelaraskan sesuatu.Manakala dari sudut istilah, tanzim haraki ialah sekumpulan manusia yang wujud secara tersusun dengan matlamat-matlamat tertentu, mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain dan mempunyai qiadah(pimpinan) yang melaksanakan urusan serta merancang gerak kerja untuk mencapai matlamat-matlamat mereka berdasarkan satu undang-undang yang berkaitan hak-hak dan kewajipan ahli serta qiadahnya.

Mengapa perlu wujudnya tanzim?

Kewujudan tanzim haraki adalah wajib di sisi syarak. Islam dapat direalisasikan dengan gemilang pada zaman Rasulullah dengan mempunyai satu jamaah yang tersusun dari sudut anggota, qiadah, matlamat dan wasilah yang diambil. Sebagai individu muslim, kita perlu ada sikap amal ma'ruf nahi mungkar dalam melaksanakan syiar Islam. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku tidak dapat dilaksanakan secara individu sahaja tetapi perlukan sokongan secara berjamaah.

Tanzim haraki dibenarkan syarak kerana ia penting sebagai satu wasilah untuk menegakkan dan melaksanakan undang-undang syariat. Apabila hukum-hakam Islam tidak dilaksanakan dengan baik maka menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk mengubah dan membaiki kelemahan sehingga hukum-hakam Islam terlaksana semula dalam masyarakat. Kewajipan yang besar ini hanya dapat dilaksanakan secara berjamaah dan tersusun.

Selain itu, kita hidup perlu saling menolong antara satu sama lain, bersatu atas dasar aqidah dan menjadikan Allah dan Rasul sebagai pemimpin dan penolong. Oleh itu, kita perlu tolong menolong dan saling membantu secara jamah yang tersusun. Rasulullah s.a.w juga adalah contoh terbaik dalam membentuk satu tanzim Islami yang berjaya sehingga membentuk satu daulah Islamiyah. Menggabungkan diri dalam tanzim adalah satu tuntutan untuk memberikan wala' kepada pimpinan muslim yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w sehingga tanzim ini mempunyai kekuatan untuk melawan dan menghapuskan kemungkaran sampai ke akar umbinya.

Kepentingan tanzim haraki diwujudkan:

1. Faktor kejayaan jamaah.

- menolong jamaah mencapai matlamat.

2. Menjadi kekuatan kepada jamaah dalam melaksanakan gerak kerja untuk membuahkan hasil yang baik.

3. Mengumpulkan kemahiran dan kemampuan dalam satu gerak kerja yang tersusun.

- kemahiran seperti akademik, pengurusan dan kepimpinan dikumpulkan untuk menghasilkan satu gerak kerja yang tersusun dan kuat bagi membuahkan satu hasil yang mantap.

4. Melindungi individu daripada aliran-aliran yang memusuhi Islam serta mengumpul kekuatan dan kesedaran.

- hidup berseorangan memudahkan individu untuk terpengaruh dengan cabaran hidup.

5. Mendorong individu untuk bekerja.

- sentiasa mempunyai kerja-kerja untuk Islam.

6. Mengurangkan kesakitan dan kesusahan bersama-sama.

- setiap individu dalam tanzim akan sentiasa menghulurkan pertolongan jika mempunyai masalah dan saling menasihati antara satu sama lain.

7. Menguatkan hubungan sosial dan melahirkan akhlak yang baik.

- dalam melakukan kerja secara berjamaah, sikap buruk seperti mementingkan diri sendiri dapat dielakkan.

8. Membekalkan individu dengan pengalaman yang berguna seperti sir(kerahsiaan), hazar(berhati-hati).

9. Memberikan kesan dalam kehidupan peribadi seseorang individu yang sentiasa mahu berada dalam keredhaan Allah s.w.t.

10. Mempunyai pentarbiyahan yang lengkap dan sempurna.

11. Bekerja untuk mengembalikan kehidupan Islam.

- mewujudkan semula syariat Islam seperti pada zaman Rasulullah s.a.w dalam masyarakat kini.

12. Tanzim adalah sumber kekuatan umat Islam.

- kekuatan secara berjamaah lebih memberikan kesan dan matlamat dapat dicapai dengan baik serta kuat berdepan dengan musuh.

Nurul Najihah Mohd Yusof

0 comments: