Kepentingan Perencanaan Dalam Jemaah
Perencanaan bermaksud perancangan, jadual, plan, yang akan dilakukan oleh sesebuah jemaah. Perancangan juga merupakan satu perkara yang melambangkan identity sesebuah jemaah. Jemaah yang yang baik mempunyai perencanaan yang tersusun dan tepat dengan matlamat jemaah. Menjadikan jemaah sentiasa bergerak mengikut landasan yang betul, memerlukan perencanaan yang rapi dan teliti supaya semua objektif tercapai dan keredhaan Allah diraih.
Jika kita lihat kepada sirah Rasulullah, Allah telah merancang yang terbaik dalam dakwah Rasulullah. Ketika berdakwah di Mekah, secara berperingkat, kemudian dizahirkan. Seterusnya dakwah dan pemerintahan di Madinah lebih meluas. Ini semua adalah perencanaan Allah kepada Rasulullah. Begitu juga ketika pemerintahan Rasulullah, beliau membuat perancangan dengan begitu teliti dengan permulaan mempersaudarakan antara kaum Ansar dan Muhajirin untuk membantu kaum Muhajirin. Selain itu, Rasulullah juga telah membuat piagam Madinah yang paling ‘adil.
Di dalam konteks jemaah, ilmu pengurusan sangat penting untuk membuat perencanaan yang tersusun. Merencanakan sesuatu aktiviti dan program jemaah perlukan penelitian yang sempurna. Begitu juga untuk menyusun strategi. Jemaah yang mantap mempunyai strategi yang baik hasil daripada pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan. Strategi untuk membangunkan, mengekalkan, menangani masalah yang akan timbul serta strategi menyerang dan mengalahkan musuh.
Jika kita hanya membangun dari segi perancangan strategi untuk memantapkan jemaah dan memperkuatkan jemaah di pihak kita sahaja sedangkan hal-hal dipihak musuh diketepikan dan dipandang enteng, kita tidak akan berjaya mengalahkan mereka. Jangan kita lupa, musuh juga mempunyai tanzim mereka sendiri. Oleh itu, mereka juga pasti tidak henti-henti membuat perencanaan untuk menghentikan dakwah Islam.
Mungkinkah perencanaan musuh lebih hebat? Sebagai pihak yang menegakkan kebenaran, kita harus mengerahkan semua tenaga untuk Islam. Tidakkah kita sedar bahawa musuh-musuh Islam sentiasa membuat rancangan baru untuk menghancurkan dakwah Islam?adakalanya perencanaan musuh-musuh Islam lebih baik dan sangat berkesan berbanding dengan umat Islam yang kebanyakannya leka, malas dan pentingkan diri sendiri. Sikap-sikap beginilah yang membawa kegagalan kepada perancangan jemaah.
Ketika membuat perancangan, semua faktor mesti diambil kira. Perancangan yang dibuat mestilah teliti supaya ada perkara yang tidak terlepas pandang. Antara faktor-faktor perencanaan yang diperlukan adalah :
· menentukan matlamat jemaah. Perlu disenaraikan dan dijelaskan apakah matlamat jangka panjang dan matlamat jangja pendek yang ingin dicapai oleh jemaah.
· menentukan method untuk mencapai matlamat di atas. Matlamat yang digunakan haruslah jelas dan tidak membelakangkan syariat Islam. Matlamat tidak menghalalkan cara adalah antara kata-kata yang popular. Cara yang salah akan menjadikan perbuatan yang dilakukan menjadi sia-sia dan tidak mendapat berkat daripada Allah.
· perencanaan haruslah berperingkat-peringkat supaya nampak terususun dan teratur. Perencanaan hendaklah dilakukan dalam keadaaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Ini penting kerana faktor emosi dan masalah sekeliling yang menekan akan menjadi sebab kepada perencanaan yang tidak bagus.
· menentukan sikap pergerakan dan jemaah terhadap agama-agama lain. Taktik dan strategi peperangan akan dirancang.
Jika kita lihat akan kejayaan seorang pelajar, ahli perniagaan ataupun mana-mana golongan professional, mereka mempunyai perancangan waktu yang betul dan sistematik. Kajian menyatakan kerjayaan dalam sesuatu bidang adalah bergantung kepada salah satu faktor utamanya, iaitu pengurusan masa. Begitu juga kaitannya dengan perencanaan jemaah yang baik, akan membantu jemaah mencapai matlamatnya. Merancang strategi memerlukan pengetahuan mendalam tentang isu-isu semasa dan keadaan sekeliling. Akan tetapi, fitrah manusia yang sentiasa lemah dan menharapkan orang lain. Manusia cuba merancang sebaik mungkin, akan tetapi, Allah yang Maha Berkuasa yang akan menentukan segalanya.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh mempersoalkan mengapa kita tidak berjaya mencapai matlamat sedangkan kita telah membuat perencanaan yang rapi. Kita juga tidak boleh mengharapkan hasil daripada perencanaan dan pelaksanaan yang telah dilakukan sentiasa positif. Adakalanya hasilnya tidak kelihatan dan ada juga yang berlaku disebalik perancangan kita. Perkara tersebut hendaklah ditanam dalam minda dari awal bahawa kita tidak boleh mengharapkan semua yang telah kita rancangkan akan berjalan dengan lancar dan sistematik. Hanya Allah yang berhak menentukan segalanya.
Nuur Afifah bt Ramdan
Labels: Ulasan Buku
0 comments:
Post a Comment