Peranan Akhawat 5

MENJALANKAN KERJA RUMAH MENGIKUT AJARAN ISLAM, MENGEMBANGKAN PENGAJARAN AL-QURAN DAN SUNNAH, KISAH HIDUP UMMAHAT AL MU'MININ DAN WANITA-WANITA YANG MENJADI KEBANGGAAN SEJARAH

Maksud bahagian akhawat ialah satu bahagian muslimat yang diletakkan dalam satu organisasi jemaah untuk membantu melicinkan gerak kerja dan juga membantu bahagian muslimin bagi menjalankan gerak kerja di bahagian muslimat. Hal ini demikian kerana hanya muslimat yang memahami muslimat. Tujuan pembentukan bahagian akhawat ialah menjalankan kerja rumah mengikut ajaran Islam, mengembangkan pengajaran al-Quran dan Sunnah, kisah hidup Ummahat al Mu'minin dan wanita-wanita Islam yang menjadi kebanggaan sejarah.

Akhawat dalam satu-satu gerakan hendaklah mempunyai akhlak yang menjadi contoh kepada masyarakat dan menjadi role model. Sifat-sifat Ummahat al Mu'minin dan wanita-wanita Islam dahulu menjadi panduan dalam membentuk akhlak yang baik. Antara tindakan yang boleh dilakukan:

· mengetuai satu-satu majlis agama contohnya majlis tahlil atau bacaan Yassin di kampung.

- semasa dalam majlis itu mereka boleh membuat tazkirah ringkas atau usrah umum selepas habis tahlil dan bacaan Yassin.

· dijadikan sebagai tempat rujukan bagi muslimat yang lain.

- boleh menyelesaikan masalah muslimat di kawasan tersebut seperti masalah feqah. Mengajar tentang cara-cara solat dan sebagainya.

· membuat kelas mengaji dan kelas tajwid untuk anak-anak kecil dan orang tua.

- dapat melahirkan individu yang celik al-Quran dan membetulkan bacaan serta tajwid. Kelas ini boleh dibuka di rumah sendiri dan anak-anak penduduk dihantar mengaji di situ.

· menggunakan kemahiran yang ada untuk jemaah seperti memasak dan lain-lain.

- memberi sumbangan makanan dalam sesuatu program jemaah.

Nurul Najihah bt Mohd Yusof

Penulis 5

0 comments: