MEMPERKENALKAN FADHILAT-FADHILAT DAN ADAB-ADAB YANG BOLEH MEMBERSIHKAN JIWA SERTA MEMPERJELASKAN TENTANG HAK-HAK DAN KEWAJIPAN KE ATAS MEREKA
Gerakan akhawat merupakan suatu bahagian dalam gerakan Islam yang telah diperkenalkan oleh Assyahid Hassan al-Banna. Melaluinya terdapat elemen-elemen yang perlu diserap untuk memastikan peranan akhwat dalam kelangsungan dakwah secara praktikal amnya. Antaranya adalah memperkenalkan fadhilat-fadhilat dan adab-adab yang boleh membersihkan jiwa serta memperjelaskan tentang hak-hak dan kewajipan ke atas mereka. Di samping membimbing golongan ini kepada pendidikan Islam yang sejati yang mana menjamin kesuburan badan dan akal-akal anak-anak mereka.
Seharusnya elemen ini bukan sahaja diterapkan kepada kepada akhwat di dalam gerakan Islam sahaja tetapi kepada semua wanita dari segenap lapisan.Bahagian akhwat bertanggunjawab memberi kesedaran mengenai hak-hak wanita yang selama ini dipelihara dalam Islam.Sekurang-kurangnya setiap akhwat perlu terlibat dalam mengadakan program seperti pengajian dan seminar pendidikan kesedaran kepada golongan ini.Betapa perlu pendidikan awal ke atas anak-anak di rumah.Selain itu, dalam menentang suara-suara sumbang mempersoalkan diskriminasi wanita dalam islam, bahagian akhwat perlu mengambil tindakan lebih drastik unuk membendung suara-suara ini terus mendominasi pemikiran masyarakat. Salah satu cara adalah terus menghantar memorandum dan menentang dari sudut perundangan dan membuka mata masyarakat dengan mendekati mereka secara individu.Selain itu, menentang secara berterusan melalui saluran seperti program di televisyen, rancangan radio serta laman-web serta blog-blog.Untuk berusaha kea rah itu, akhwat itu sendiri perlu mewajibkan ahli-ahlinya konsisten menjalankan kajian mengenai isu semasa dan mempelbagaikan maklumat berkaitan social.Ini juga salah satu pakej untuk melibatkan akhwat secara langsung dalam masyarakat.
Nur Adliah bt Kassim
Penulis 4
Labels: Peranan Akhawat
0 comments:
Post a Comment