Syura

KONSEP SYURA


Syura dari sudut bahasa bermaksud permesyuaratan. Dari sudut syara' ialah satu keputusan yang dibuat oleh ahli halli wal 'aqdi sebagai asas dalam penyelesaian masalah mengikut kepentingan orang ramai.

Allah berfirman :


"Dan urusan mereka diputuskan melalui syura sesama mereka."
(as-syura : 38 )


Antara sebab mengapa syura wajib dipatuhi adalah :

1 ) Sesuai dengan keputusan para Fuqaha' yang mengi'tiraf ahli halli wal 'aqdi.
- Dimana mereka boleh memilih pemerintah, mengawasi perjalanannya dan berhak untuk melucutkan jawatannya.

2 ) Dalam perang Uhud Rasulullah telah membuktikan bahawa keputusan syura wajib dipatuhi dan pendapat majoriti akan dipertimbangkan.

3 ) Para penguasa dulu zalim dan memerintah dengan cara diktator.
- Mereka amat anti dengan gerakan Islam dan apa-apa yang berkaitan dengan Islam.
- Ini adalah kerana mereka tidak tunduk keada keputusan syura dan tidak
menghormati majlis syura.

4 ) Pendapat dua orang atau lebih adalah lebih diterima. Jika sesuatu perkara diputuskan, kebenaran dan kebatilannya adalah bergantung kepada ilmu mereka. Pendapat individu adalah kurang diyakini, lebih berlandaskan nafsu dan mempunyai unsur-unsur jahiliyah. Oleh itu, Islam menggalakkan memutuskan sesuatu perkara secara beramai-ramai, akan tetapi tidak dapat dinafikan juga bahawa keputusan ini juga boleh mempunyai kesilapan.

5 ) Dengan adanya suara majoriti, tentulah keputusan ini akan diyakini. Pemutus keputusan ini akan bersedia menerima segala risiko dan ini melatih keyakinan dan keberanian diri mereka. Hasilnya akan lahir tentera-tentera Islam yang beranibersuara untuk menyatakan kebenaran dan menentang kebatilan secara terang-terangan.

6 ) Tidak dinafikan keputusan yang dibuat akan menimbulkan sedikit pertikaian, akan. Tetapi hendaklah dipastikan ia tidak berlarutan. Jika meraka tunduk dan akur dengan.
Keputusan majlis syura, mereka telah melaksanakan tuntutan di dalam Al-Quran.


Oleh yang demikian, orang muslim hendaklah thiqah terhadap segala keputusan majlis syura. Syura adalah satu identiti Islam yang tersembunyi di dalamnya beribu kelebihan. Adakalanya sesuatu yang tersembunyi disebalik keputusan mereka yang kita tidak nampak. Hanya mereka yang betul-betul memahami sahaja boleh merasainya.


Nuur Afifah bt Ramdan.

0 comments: