Prinsip Amal Islami

DASAR-DASAR UMUM

Rujukan : Kitab Prinsip-prinsip Asas Amal Islami

Oleh : Dayang Suhana Herma

Adakah Dakwah Kita Umum atau Khusus?

Seperti yang kita sedia maklum, Jemaah berkeyakinan bahawa kewajipan yang mesti dilaksanakan merupakan satu kewajipan Syar’i. Mereka yang mengabaikannya adalah berdosa. Bagi mereka mereka yang menentang dan mempermainkannya pula dikira murtad dan kafir. Salah satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh Jemaah ialah melaksanakan dakwah. Bagi sesetengah anggota Jemaah, mereka tidak tahu apakah dakwah yang perlu mereka lakukan bersifat umum ataupun khusus. Sesungguhnya Jemaah berpendapat bahawa dakwah yang perlu dilaksanakan setiap ahli adalah lebih bersifat umum. Umum di sini bermaksud untuk seluruh manusia tidak kira orang Islam mahupun orang bukan Islam. Dakwah umum ini juga tidak hanya khusus kepada golongan –golongan tertentu di dalam masyarakat.

Ramai di kalangan kita tidak berani dan tidak mampu melaksanakan dakwah umum kerana mereka berasa diri mereka kurang ilmu menyebabkan mereka berasa rendah diri. Kita harus mengubah persepsi ini kerana sesiapa sahaja boleh melakukan dakwah dan sesiapa sahaja boleh menganggotai Jemaah. Jemaah tetap menerima sesetengah orang yang melakukan maksiat yang keji selagi perasaan takutkan Allah masih ada dalam diri mereka dan menghormati serta mematuhi peraturan Jemaah.

Pendirian Kita Terhadap Orang-orang Islam

Dalam kondisi kita di Malaysia ini, kita hidup dalam pelbagai kaum dan bangsa. Ada di antara mereka beragama Islam dan bukan beragama Islam. Oleh itu, sebagai anggota Jemaah kita hendaklah melaksanakan beberapa kewajipan antaranya ialah :

1) Memberikan keamanan kepada mereka selagi mereka tidak menimbulkan kekacauan kepada kita

> Tugas kita sebagai anggota Jemaah tidak hanya fokus kepada orang Islam sahaja tetapi kita juga perlu bertanggungjawab terhadap golongan bukan Islam. Dengan adanya sikap seperti ini kita akan terus dipandang mulia oleh mereka dan keamanan di negara ini akan tercapai.

2) Mencurahkan kebaikan kepada mereka selagi mereka tidak menunjukkan permusuhan terhadap kita.

> Kita perlu yakin bahawa di antara kita dan mereka wujud satu pertalian dan ikatan dakwah. Oleh itu, kita berhak menolong mereka apabila mereka dalam kesusahan.

3) Berkewajipan untuk mengajak mereka kepada apa yang kita dokongi kerana ia merupakan satu kebaikan bagi seluruh manusia.

> Dalam perkara ini, kita hendaklah sentiasa berdakwah kepada mereka tetapi dakwah yang disampaikan mestilah dakwah umum dan bersesuiaan dengan kondisi mereka. Kita juga hendaklah bersikap kreatif dan kritis dalam melaksanakan method-method dakwah kepada mereka.

4) Menempuh jalan dakwah ini mengikut batasan-batasan ketentuan agama melalui segala jalan dan wasilahnya.

> Segala peraturan yang telah Allah gariskan wajib diikuti agar kita tidak terpesong dalam menyampaikan dakwah.

Dayang Suhana Herma

0 comments: