Ssister In Islam

SISTER IN ISLAM : ASAL-USUL DAN KE’CELAKAAN


Sister In Islam(SIS) yang kita kenal dan tahu ialah sebagai satu pertubuhan yang menggagaskan pemikiran Islam Liberal. Tetapi tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya SIS, asal-usul dan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan SIS serta kecelakaan yang telah mereka lakukan. SIS merupakan satu pertubuhan yang mula-mula ditubuhkan pada tahun 1988. Kemudian pada tahun 1993, SIS telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan bukan kerajaan dengan nama Sister In Islam Forum (Malaysia) Berhad. Misi SIS adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang prinsip Islam yang mmuliakan konsep kesaksamaan wanita dan lelaki. Untuk melaksanakan misi ini, mereka telah meletakkan tiga objektif untuk mencapai misi tersebut. Tiga objektif itu ialah menegakan dan mambangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam, menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita, dan membina kesedaran awam dengan memperbaharui undang-undang yang berkaitan hak wanita dan lelaki.

Untuk mencapai objekif yang telah disasarkan, SIS telah merancang pelbagai aktiviti yang ternyata berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya untuk menyertainya, atau sebaliknya menimbulkan perbahasan dan kritikan terhadap idea-idea yang dibawakannya. Pertamanya, SIS telah mengadakan penyelidikan dan tafsiran sumber-sumber teks Islam. Mereka menganggap bahawa selama ini kaum lelaki telah mendominasi hak ekslusif penafsiran sumber Islam terutamanya penafsiran al-Quran. Aktiviti mereka yang kedua ialah aktiviti dalam bidang advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang. Dalam hal ini, mereka telah bergiat aktif dengan mengadakan bantahan terhadap sebarang pindaan undang-undang yang dianggap mendikriminasikan hak-hak wanita. Antara yang telah dilakukan mereka ialah membantah pindaan Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 2005. Pada pendapat mereka, pindaan ini telah mendikriminasikan hak wanita kerana terdapat unsur-unsur yang melebihkan lelaki terutama dalam soal berpoligami. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti dalam bidang yang akan memberi kesedaran orang ramai dan juga melaksanakan perancangan stategik dan pembentukan dasar yang selari dengan misi mereka.

Dalam membicarakan Sister In Islam, kita tidak dapat lari daripada mengaitkan dengan aktiviti Islam Liberal peringkat antarabangsa yang telak menimbulkan banyak kritikan. Perkara yang paling utama ialah kaitan antara Dr. Amina Wadud,pengasas SIS antarabangsa dalam isu-isu semasa umat Islam. Dr. Amina Wadud telah menimbulkan kontreversi di Malaysia apabila membela ratu cantik dari Malaysia dan membela orang yang minum arak iaitu dalam kes Jeslina Hashim dengan JAWI di Kelab Zouk. Hal-hal sedemikian ini telah membuktikan penyelewengan SIS dari landasan Islam dalam memperjuangkan hak-hak wanita dalam Islam.

Siti Norhani Hidayah

Penulis 8

0 comments: