Peranan Akhawat 6

MEMBERIKAN BANTUAN MENURUT BATASAN KEMAMPUAN AKHAWAT BAGI MELAKSANAKAN RANCANGAN ISLAH UNTUK JEMAAH IKHWAN.

Akhawat adalah satu bahagian yang penting untuk memacu gerakan dalam syariat Islam. Selain daripada menjadi sayap kanan kepada pihak akhawan, mereka juga memainkan peranan dalam menjaga kepentingan masyarakat dan akhawat sendiri dari semua sudut. Mereka juga berperanan sama dengan lelaki dalam usaha membendung keburukan yang berlaku dalam masyarakat kerana ini adalah tanggungjawab setiap Islam. Akhawat beridentiti gemilang adalah menjadi idola dan sayap kiri dalam perjuangan Islam

Antara tindakan yang boleh dilakukan dalam usaha untuk memenuhi tuntutan agama untuk membaik pulih masyarakat :

Menganjurkan minggu kesedaran

-diselitkan slot ceramah umum tentang kepentingan hidup bermasyarakat dan mengamalkan cara hidup Islam. Disamping menerangkan tanggungjawab perempuan dalam Islam.

Mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah

-Memberi tasawur kepada remaja tentang Islam dengan cara yang sesuai dengan peringkat umur.

Mengadakan program anak angkat

-Adalah fitrah akhawat untuk bersikap lemah lembut serta sopan santun. Ini menunjukkan akhawat lebih sesuai untuk menjaga hal-hal kekeluargaan dan lebih memenuhi citarasa warga emas. Disamping itu mereka harus menerapkan cara hidup Islam

Kesemua aktiviti di atas adalah antara cara yang boleh di laksanakan oleh akhwat dalam membantu jemaah ikhwan mengikut batas dan ketermampuan mereka.

Nuur Afifah bt Ramdan

Penulis 6

1 comments:

Anonymous said...

sila layari my blog
sham86.wordprerss.com
untuk maklumat ilmu..