MENYERTAI RANCANGAN KEMASYARAKATAN YANG BERFAEDAH BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN DAN KADAR KEMAMPUAN MEREKA SEPERTI TADIKA, MENJAGA KANAK-KANAK YATIM,KELAB-KELAB PEMUDI, SEKOLAH-SEKOLAH DAN MENGATUR BANTUAN UNTUK KELUARGA MISKIN
Secara umumnya, tanggungjawab dakwah hanya taklifan muslimin berdasarkan dalil.Tapi pada masa kini memerlukan penglibatan bersama akhawat kerana mad'u juga ramai dari akhawat.Akhawat perlu terlibat untuk menyokong muslimin kerana setiap proksi memerlukan tenaga akhawat.Tenaga akhawat amat diperlukan terutama dari segi kebajikan dan tarbiyah yang bukan sahaja boleh disampaikan di rumah malahan di kawasan sekitarnya dan kesedaran sebagai anggota masyarakat sendiri.
Antara tindakan dan penekanan yang boleh dilakukan oleh akhawat melalui rancangan kemasyarakatan ialah
1) Akhawat perlu aktif dalam setiap program kemasyarakatan mengikut kemampuan masing-masing
2) Akhawat perlu memainkan peranan dalam pentarbiyahan kerana sesuai dengan fitrah wanita itu sendiri dan sifat keibuan yang ada padanya seperti penyayang,sopan santun dan lemah-lembut. Ini boleh diterapkan dalam penglibatan mereka di tempat-tempat yang kebanyakan terdiri daripada generasi-generasi yang masih muda.
3) Selain itu,mereka juga perlu terlibat aktiviti kebajikan berbanding muslimin yang lebih menumpukan pada segi dakwah.
4) Akhawat perlu mempunyai pengetahuan dan kesedaran sendiri untuk turun padang dan bersama-sama masyarakat.Dengan ini dapat menolak persepsi negatif musuh-musuh Islam yang mengganggap peranan akhawat hanya terhad di rumah.
5) Tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri sebelum memulakan peranan dalam masyarakat.
6) Perlu bijak dan peka terhadap peluang-peluang yang ada supaya mereka tidak tercicir.
7) Berbincang sesama akhawat sendiri untuk mengadakan aktiviti lasak atau program yang berbentuk menguji ketahanan,isu- isu semasa atau berbincang mengenai hal-hal dalaman yang mana ahlinya adalah di kalangan akhawat sendiri.
Anie Noraini Ab Rahim
Penulis 3
Labels: Peranan Akhawat
0 comments:
Post a Comment