AT-THAWAABIT WAL MUTAGHAIYYIRAT
Definisi :
At-Thawaabit
- Berasal dari perkataan arab ‘thabit’ dari segi bahasa adalah bermaksud tetap.dalam istilah syarak pula bemaksud perkara asas dan perkara pokok dalam Islam yang tidak boleh ditolak. Perkara thawaabit merangkumi syariat Islam yang mesti dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Perkara thawaabit juga tidak boleh diijtihadkan dan masuk dalam keputusan syura.
- Contoh perkara thawaabit adalah seperti tuntutan menunaikan solat 5 waktu, membayar zakat mentarbiyyah pelapis baru.
Al-mutaghaiyyirat
- Dari segi bahasa pula bermaksud perkara yang boleh berubah-ubah dan perkara selain daripada thawaabit.
- Dari segi istilah pula bermaksud perkara furu’ atau perkara cabang dalam Islam yang mana keputusannya boleh diubah oleh majlis syura dan amir dalam sesebuah organisasi tanzim. Ia juga adalah kaedah alternative yang boleh digunakan dalam pelaksanaan perkara thawaabit.
- Contoh-contoh perkara mutaghaiyyirat adalah seperti kaedah berpolitik, cara pemakaian seorang muslim dan kaedah berdakwah.
Dalam gerakan Islam masa kini, ramai ahli yang keliru dan tidak dapat menentukan samada sesuatu perkara itu adalah thawaabit atau mutaghaiyyirat. Ini akan menyebabkan mereka mengambil tindakan yang tidak tepat dan kadang-kadang akan merugikan sesebuah jemaah. Terdapat juga ahli yang keliru dengan konsep ini dan konsep fiqh aulawiyyat dalam gerakan Islam.
FIQH AULAWIYYAT DALAM ELEMEN USUL DAN FURU’
Fiqh aulawiyyat adalah keputusan antara perkara mana yang paling utama untuk dilaksanakan dan dipertimbangkan. Ini juga boleh diputuskan oleh syura. Akan tetapi konsep thawaabit dan mutaghiyyrat ini adalah di mana satu-satu perkara itu dilaksanakan dengan sepenuhnya mengikut syara’ dan perkara yang selebihnya adalah perkara furu’ yang boleh dilaksanakan dengan pendekatan yang pelbagai mengikut waqi’ dan keadaan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Sebagai penegak kalimah Allah di muka bumi ini, seseorang mestilah mempunyai niat yang murni dan suci, niat untuk mengislahkan masyarakat. Dalam pada sesebuah jemaah itu melaksanakan sesuatu perkara, mereka mestilah menitik beratkan perkara yang usul (thawaabit) berbanding perkara furu’ yang tidak akan memberikan kesan yang dikehendaki
Untuk melaksanakan pemutusan perkara ini, syura dan individu yang terlibat haruslah mempunyai ilmu yang menyeluruh tentang ilmu-ilmu agama dan waqi’ sesuatu tempat.
Perkara thawaabit dan mutaghaiyyirat merupakan aspek penting kerana ia akan menentukan pembawaan sesebuah jemaah yang haraki. Selain itu kepentingannya juga adalah untuk mendidik ahli supaya lebih peka dan lebih matang dalam menangani masalah-masalah yang melibatkan dua perkara di atas.
ELEMEN MUTAHGHAIYYIRAT DALAM HARAKAH
Dalam harakah islamiyyah perkara-perkara mutaghaiyyirat adalah perkara yang amat penting dalam konteks dakwah kerana boleh menggunakan pelbagai uslub dakwah untuk menarik lebih ramai masyarakat untuk mendekati Islam. Selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam, ia boleh dijalankan.seperti contoh menganjurkan hari keluarga yang melibatkan non-muslim dan kita mendominasi suasana itu dengan membawa suasana Islamic. Banyak lagi keadah pendekatan yang lebih kreatif yang boleh dilaksanakan. Begitu juga dalam perkara-furu’ yang lain.
Sebelum mengakhiri , ingin saya ingatkan kepada sekalian pejuang-pejuang Islam, jangan leka dalam membuat keputusan sesuatu perkara. Ia hendaklah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah selain merujuk kepada ‘alim ulama’.
Kesimpulannya adalah semua perkara yang berlaku dalam seEsbuah organisasi adalah dikelaskan samada perkara thwaabit atau mutaghaiyyrat. Organisasi jemaah yang berrjaya mengutamakan perkara-perkara thawaabit daripada perkara mutaghiyyirat.
Nuur Afifah bt Ramdan
Labels: Konsep Haraki
0 comments:
Post a Comment