Jemaah Islam

JEMAAH ISLAMIAH

Memimpin dunia dan mengarahkan manusia seluruhnya kepada sistem kehidupan Islam dan pengajaran-pengajarannya merupakan salah satu matlamat utama sesuatu Jemaah itu ditubuhkan. Kita tidak boleh beranggapan bahawa pembinaan Jemaah ini adalah Jemaah Muslimin yang sebenarnya, seperti yang dimaksudkan dalam hadith-hadith. Sesungguhnya kita perlu sedar bahawa ia hanyalah merupakan satu medium pemangkin yang bertindak sebagai tunjang untuk mewujudkan sebuah Jemaah Muslimin. Kewujudan Jemaah ini sebenarnya hanya dapat direalisasikan dengan pertolongan Allah S.W.T sahaja.

Berikut merupakan beberapa syarat yang telah digariskan dalam pembentukan Jemaah Muslimin itu sendiri. Antaranya ialah :

Ø Syarat keanggotaannya tidak boleh disamakan dengan syarat-syarat Islam

- Apabila seseorang itu hendak menganggotai Jemaah, kita tidak boleh memilih yang hanya sempurna tentang Islam dari sudut ilmu, hukum-hakam dan sebagainya tetapi kita boleh menerima seseorang itu walaupun dia kekurangan ilmu agama asalkan dia mempunyai keikhlasan untuk melaksanakan gerak kerja Islam.

Ø Syarat-syarat keluar dari Jemaah adalah tidak sama dengan syarat-syarat riddah.

Ø Jemaah berhak mewajibkan anggotanya melaksanakan beberapa kewajipan melebihi dari kewajipan-kewajipan dalam Islam sepeti mematuhi peraturan-peraturan dalaman dan program-program tertentu.

- Kewajipan dalam Islam adalah tetap dan qat’ie yang wajip dilaksanakan seperti solat, puasa dan sebagainya. Semua ini merupakan perkara-perkara Thawabit. Tetapi dalam hal pengurusan tanzim dan tarbiyah harakiah, Jemaah boleh mewajibkan sesuatu warta atau peraturan seperti kewajipan menjaga sirr, menjaga maklumat, warta-warta disiplin Jemaah dan lain-lain. Oleh itu, ia juga menjadi kewajipan bagi ahli untuk melaksanakannya.

Ø Jemaah berkewajipan untuk mewujudkan khilafah terlebih dahulu untuk melaksanakan tugas-tugas kekhilafahannya. Sebelum itu Jemaah tidak dituntut untuk melaksanakan keseluruhan tugas-tugas tersebut.

- Sebagai contoh hukum hudud. Selagi kita tidak menegakkan khilafah, selagi itulah kita tidak wajib menunaikan hukum hudud itu. Walau bagaimanapun, kita mesti melaksanakan ruh hudud itu sendiri yakni amar maaruf dan nahi mungkar. Jadi, amar maaruf dan nahi mungkar itu hanya sebahagian tugas yang kita dapat lakukan. Tugas-tugas yang lain dapat dilakukan dengan terlaksananya khilafah.

Ø Syarat-syarat ketua Jemaah dan tugas-tugasnya tidak boleh disamakan dengan syarat-syarat Amirul Mukminin dan tugas-tugasnya.

Dayang Suhana Herma.

0 comments: