Peranan Akhawat 2

BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP URUSAN RUMAH TANGGA DENGAN MENJADIKANNYA TEMPAT BERBAHAGIA UNTUK KELUARGA BERKUMPUL

Ramai orang menyifatkan tugas dan tanggungjawab berdakwah hanya tertumpu kepada lelaki. Sebagai seorang wanita, mereka perlu sedar bahawa tugas untuk berdakwah dan menganggotai mana-mana jemaah adalah tugas bersama. Wanita merupakan sayap kiri dalam perjuangan kaum lelaki, tidak kira sama ada seorang itu sudah berkeluarga atau belum. Setiap jemaah perlu mengambil berat mengenai urusan wanita seperti yang dilakukannya terhadap kaum lelaki dan para pemuda. Didapati, dalam urusan rumah tangga, peranan wanita terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebagai isteri dan ibu. Dalam pendidikan harakah Islam, antara marhalah yang penting dalam pembentukan khilafah adalah pembentukan baitul muslim. Dalam kondisi ini, akhawat bertanggungjawab untuk memastikan matlamat baitul muslim terlaksana.

Tujuan pembentukan akhawat ialah bertanggungjawab terhadap urusan rumah tangga dengan menjadikannya tempat berbahagia untuk keluarga berkumpul. Antara cara-cara yang boleh dilakukan ialah :

Ø Mempelajari ilmu berkaitan pengurusan rumah tangga.

-Contohnya menghadiri kursus perkahwinan. Ini bertujuan supaya akhawat dapat mempersiapkan diri mereka dari sudut rohani dan jasmani.

Ø Membentuk biah solehah agar matlamat baitul muslim tercapai.

-Akhawat perlu mendidik anak-anak dengan tarbiyyah Islamiah dan akhlak mulia mengikut acuan Islam.

-Pendidikan cara Islam perlu ditekankan kepada anak-anak supaya anak-anak dididik untuk menjadi pejuang Islam dewasa kelak.

Ø Akhawat perlu bijak menguruskan ekonomi rumah tangga.

-Mereka perlu bijak berbelanja dan menggunakan harta sepencarian dengan suami sebaik mungkin iaitu tidak membazir.

Ø Sentiasa mengadakan diskusi ilmiah dengan kaum ibu yang lain.

-Contohnya berbincang tentang hal-hal menguruskan rumah tangga, isu-isu semasa dan sebagainya.

-Mereka juga boleh meminta pendapat atau berkongsi masalah dengan kaum-kaum ibu yang lebih berpengalaman.

Ø Mengadakan aktiviti rehlah bersama keluarga

-Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah berkelah, bersukan, mengadakan lawatan untuk mengkaji sejarah dan sebagainya.

-Mereka juga boleh mengajak keluarga lain untuk turut serta sekali. Dengan ini, mereka dapat merapatkan ukhwah di antara ahli keluarga dan mewujudkan suasana harmoni.

Dayang Suhana Herma

Penulis 2

0 comments: