Islam : Agama Kepercayaan atau Pemikiran


Definisi dan tafsiran Islam hari ini boleh dilihat dalam wajah dan versi yang berbeza-beza. Ianya bergantung kepada intrepretasi manusia yang berbeza berpaksikan kefahaman, aliran pemikiran semasa dan keperluan semasa yang yang berbeza-beza. Kelainan intrepretasi manusia ini lazimnya memberi suatu kebaikkan kepada pemikir Islam namun suasana haru-biru mungkin tercetus dalam kelompok individu yang baru bertatih-tatih mengenali dunia Islam.


Islam berbeza pandang bagi golongan falsafah Islam, ulama’ konvensional, para saintis, ahli pemikir Barat terhadap Islam dan pemikir-pemikir umum masyarakat Islam. Perbezaan ini natijah persepsi para ulama’ yang berbeza-beza dengan adanya unsur dan pengaruh luar yang mengikat untuk berpersepsi begitu. Ketulenannya sudah mula dipersoalkan dengan desakan dan pengaruh unsur luar untuk disesuaikan pendefinisiannya Islam dengan suasana dan keperluan semasa. Lihat saja bagaimana pandangan Pengasas Gerakan Islam India-Pakistan, Syeikh Abul A’la Al Maududi disalahtafsir, diselewengkan maksud penghujahan. Al Maududi dikatakan meletakkan asas kedaulatan berasaskan ketuhanan mutlak sehingga menafikan peranan dan tenaga empat kerat manusia sebagai pemerintah di muka bumi. Al Maududi tampil menjelaskan salahfaham umum tentang penghujahannya. Dalam saranan beliau, beliau menegaskan kekuasaaan menegakkan perundangan tuhan kepada manusia sebenarnya bukanlah mewakili kuasa sebenar tuhan. Ijtihad dan keintelektualan pemerintah tidak seharusnya dinafikan demi menggubal undang-undang yang menjurus kepada penegakan syariah Allah. Cukup jelas di sini, mentaliti dan persepsi boleh berubah tatkala ada unsur-unsur luar yang mencetekkan kefahaman terhadap sesuatu hujjah.


Jauh dalam pemerhatian saya, cabang pemikiran yang terlalu luas seharusnya diidentifikasikan kepada bentuk yang lebih mudah. Samada Islam itu wujud sebagai suatu kepercayaan ataupun Islam itu sebagai suatu pemikiran. Semestinya setiap pilihan (option) yang ada menantikan suatu natijah. Para ulama’ meyakini bahawa Islam itu wujud dalam bentuk kepercayaan. Intelektual Barat sebahagiannya besar berpendapat agama wujud dalam bentuk pemikiran yang dijelmakan pengamalannya melalui ritual ‘ibadah’ ke arah mendapatkan sesuatu.


Islam Agama Kepercayaan


Mari kita selusuri definisi Islam. Islam adalah ‘selamat dan sejahtera, tunduk dan patuh dengan lunas-lunas agama serta hukum Pencipta dengan mengakui Rasulullah sebagai pembawa risalah kebenaran’. Umumnya sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan dengan pancaindera mata sukar untuk dipercayai apatah lagi untuk terus dijadikan pegangan. Kepercayaan adalah sesuatu yang abstrak yang dianuti oleh pengamalnya dengan manifestasi ritual bersulamkan noda. Ramai yang mempercayai hukum haram berjudi, pada masa yang sama berjudi menjadi rutin harian. Lantas menyebabkan manusia percaya bahawa Islam itu hanya sekadar agama kepercayaan. Hal ini membuka ruang yang melebar luas untuk doktrinisasi sekular disuntik dalam pemikiran dan jiwa penganut Islam.

Apakah kepercayaan Islam yang kita anuti sebenarnya? Cukupkah hanya solat fardhu, berpuasa, bayar zakat, tunaikan haji sahaja? Ataupun tambahan amalan-amalan ritual yang sunat pahalanya? Cukupkan bacaan Al-Quran jadi indicator sebenar bahawa kita adalah Islamis? Atau adakah pemakaian kopiah berlilitkan serban putih lelaki serta jubah dan ptudung labuh bagi perempuan baru dikatakan kita berada dalam suasana Islam? Bagi saya di mana jua kita berada, di situlah adanya Islam. Persoalannya bukan kepada suasana atau objek sekeliling mengikut Islam atau tidak. Di sinilah peranan dakwah diiplementasikan apabila suasana sekeliling tidak mengikut lunas akhlak dan hukum Islam.


Islam Suatu Pemikiran


Keunikan pada manusia berbanding makhluk lain adalah mempunyai 3 elemen kesempurnaan iaitu roh(hati), jasad(tubuh badan) dan akal fikiran. Roh(hati) adalah fitrah(suci) yang sentiasa bergelut dengan nafsu untuk merajai jasad(tubuh badan) manusia. Akal pula seharusnya dipandu oleh wahyu(Al Quran & As Sunnah) namun sentiasa bersemuka dengan idealisme-idealisme yang hadir tanpa rujukan wahyu. Bermula dari hati yang mencetuskan sesuatu, akal akan memproses baik atau buruk diterjemahkan manusia melalui jasad yang menjadi agen pelaku. Proses berfikir tanpa panduan wahyu (secara bebas) akan mengundang pelbagai natijah baik dan buruk, menyebabkan manusia melampai batasan perlakuan sehingga melanggari hokum-hukum agama (Islam). Di sinilah Islam berperanan untuk memandu akal supaya tidak melepasi sempadan merah agar jasad manusia tidak rosak dan punah. Namun, di sana Islam tidak menghalang manusia untuk berijtihad dalam merungkai permasalahan yang tiada nas dan panduannya secara langsung daripada nas-nas Islam. Bahkan Islam sendiri melarang penganutnya untuk ber’taqlid’ semata-mata tanpa asas ilmu dan hikmah. Sejarah Islam membuktikan proses Ijtihad dalam agama adalah suatu hikmah yang Allah kurniakan pada manusia untuk mengembangkan sayap dakwah, tarbiyah dan siasah Islam. Namun begitu, ijtihad sewajibkan disandarkan kepada nas-nas yang menghampiri perkara yang di’ijtihad’kan.


Konklusi


Sebagai rumusan, saya meyakini bahawa Islam adalah agama kepercayaan yang mengikat namun bukanlah yang menyekat dan menghalang manusia sehingga menafikan tenaga manusia untuk memurnikan agama Allah di dunia. Nasihat saya, bagi mereka yang masih berfikiran sempit atau one way thinking, anda masih dalam penguasaan idealisme sekular yang dicipta oleh anasir yang benci dan mahu jatuhkan Islam. Islam adalah agama dan kepercayaan saya. Inilah pegangan saya.


MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ

KEJURUTERAAN BAHAN

UNIVERSITI MALAYA


Perkahwinan semestinya mengiginkan kehadiran orang ketiga dalam hidup berumahtangga. Kelahirannya bakal mengukuhkan ikatan suami isteri, menjadi penawar hati 2 insan yang bermadu kasih.

Setelah selongkar lagu-lagu nasyid dahulu, terjumpa satu lagu yang cukup indah puisi liriknya, bahkan begitu juga alunan melodinya. Tapi, hanya lirik mampu saya lakarkan.

Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua

C/O:
Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya

Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa

Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana

Permata Keluarga

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Mohamad Taufik Abdul Aziz
Menantikan Orang Kedua dan Ketiga..


Rumahtangga dan kekeluargaan merupakan satu institusi mulia yang telah ditetapkan oleh Allah stw sebagai satu fitrah dan sebagai pengimbang kehidupan manusia di dunia ini. Allah swt telah menetapkan dan meletakkan kedudukan rumahtangga dan keluarga sebagai pegimbang dan pengawal asas duniawi dan kehidupan manusiawi di dunia ini. Dimaksudkan dengan makna pegimbang dan pengawal asasi ialah keluarga berperanan mengawal dan membentuk peribadi kemanusiaan kepada kebaikan asasi sebagai seorang manusia sekalipun jauh dari bimbingan agama.

Di alam yang luas ini, dari pelbagai bangsa dan etika serta budaya, tidak semua makhluk manusia beriman kepada Allah swt dan wujud lebih jutaan billion manusia di dunia ini yang kafir namun bersyukur kita dengan kewujudan institusi kekeluargaan sejak zaman dahulu menjadikan sifat manusiawi seseorang itu terkawal dan terbentuk sekurang-kurangnya sebagai manusia piawai kualitinya terpenuhi dengan kewujudan keluarga.

Sejahat-jahat seorang manusia itu hari ini, kekeluargaan yang pernah dimilikinya ketika kecil menjadikan dia masih layak dikatakan sebagai manusia. Misalnya, seseorang itu belajar mengasihi ibu dan bapa, belajar kewujudan perkara yang dinamakan sebagai baik atau sebagai jahat, mempelajari sifat menghormati, mempelajari moral dan cara bertingkah laku sebagai manusia , cara memakan dan meminum sebagai manusia, cara berjalan sebagai manusia dan lain-lain.

Demikianlah rahmat Allah kepada manusia secara umum kepada semua hamba-Nya baik yang beriman atau yang tidak beriman namun tetap mendapat rezeki di dunia ini secara adil dan salah satu rezeki dan nikmat dunia yang paling besar ialah keluarga.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Kekeluargaan Muslim

Rumahtangga muslim merupakan sebesar-besar nikmat kepada seseorang manusia, ini kerana disamping keluarga dan rumahtangga ini mampu memenuhi kehendak fizikal dan mental manusia maka ianya juga mampu membekalkan agama dan hidayah pertunjuk kepada seseorang manusia itu sehingga lahirnya anak yang kecil itu sudah disuluhi oleh cahaya iman dan Islam dan lahir sebagai seorang Islam tanpa perlu bersusah payah mencari hidayah.

Rumahtangga Islam yang terbina dari panduan syariat Islam dan menjalankan kewajipannya menurut panduan dari Al-Qur’an dan sunnah merupakan penyelamat kepada pelbagai masalah dan merupakan perlindungan kepada ahlinya dari kesesatan dan kerosakan.

Membina sebuah rumahtangga Muslim bukanlah mudah sebaliknya prosesnya memakan masa dan memerlukan usaha yang berpanjangan dan dimulai sejak dari tunas kecil sehingga kepada akar yang mendasar. Pembinaan rumahtangga muslim itu memerlukan kepada beberapa perkara asas sebagai benihnya iaitu :

a) Ikhlas
b) Ilmu yang sahih dari kitab dan sunnah
c) Amal yang berterusan


Ikhlas

Keikhlasan merupakan benih pertama dan asasi dalam menghasilkan rumahtangga muslim. Ini bermula dari niat yang bersih dan terpelihara dari kepentingan dunia dan pembinaan rumahtangga itu diniatkan khusus sebagai ibadah kepada Allah swt.


وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ

“ Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen yang lurus” (Al-Baiyinah : 3).

Niat dan tujuan itu merupakan asas amalan dan salah satu penyebab penerimaan atau penolakkan amalan itu di sisi Allah lalu niat membina ibadah rumahtangga muslim ini jika dibuat dengan ikhlas dan hati itu dibersihkan dari kotoran nafsu dan dunia serta dikhaskan kepada Allah swt maka benih pertama dalam penumbuhan rumahtangga muslim itu akan berjaya.

Seorang lelaki yang berniat ikhlas mahu menegakkan rumahtangga muslim maka baginya sudah pahala dan ganjaran di sisi Allah swt baik dia berjaya atau tidak. Niat yang ikhlas itu akan sampai kepada Allah swt sebagai ibadah dan doa lalu akan dibukakan jalan dan dipermudahkan kepadanya.

Keikhlasan itu terpapar apabila sejak dari sebelum bernikah lagi apabila seseorang yang ikhlas mahu menegakkan rumahtangga muslim maka tidaklah dia mencari pasangan yang kerana dunia (cantik, kaya, berketurunan bangsawan) sebaliknya yang dicarinya ialah pasangan yang beragama sebagai tanda keikhlasannya membina rumahtangga Islam.

Ilmu yang sahih dari kitab dan sunnah

Ilmu yang sahih merupakan syarat penting dalam penerimaan sesuatu amalan atau penolakkan di sisi Allah swt sesudah niat yang ikhlas. Ini kerana tanpa ilmu yang tinggal hanya kesesatan dan kejahilan. Terlalu ramai orang yang mempunyai niat yang bersih dan ikhlas namun tanpa ilmu menyebabkan amalan mereka menjadi sia-sia sebaliknya mengundang celaka dan bala kepada mereka.

Sabda baginda Salallahualaihiwasalam :


من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهوا رد

“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Ilmu berperanan membimbing manusia ke jalan yang benar dan sahih serta memelihara dari kejahatan dan keburukkan yang tidak diketahui oleh orang ramai. Tidak semua ilmu itu sahih sebaliknya wujud ilmu yang sebenarnya kesesatan dan kepalsuan hasil dari taqlid (ikutan buta) hasil dari pegangan dan kepercayaan palsu yang tiada dasar dan jaminan akan kesahihannya.

Sabda baginda salallahualaihiwasalam :


تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله

“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho no 898, Hakim dalam Mustadrak no.63).

Ilmu yang sahih ialah apa yang datang dari kitab dan sunnah menurut kaedah dan cara para salaf soleh dalam pemahaman terhadap ilmu agama kerana merekalah (para salaf soleh) merupakan sebaik-baik umat dalam beragama.

Ilmu yang sahih dapat menjadi pemandu kepada seseorang itu dalam membina rumahtangga muslim yang soleh dan sebenar menurut pertunjuk sebaik-baik manusia dan penghulu segala rasul iaitu Muhammad salallahualaihiwasalam.

Keilmuan itu terhasil dari pemahaman yang mendalam terhadap agama dan mampu membezakan antara yang benar dan salah. Tidak cukup bergelar ustaz dan ustazah namun tidak mampu menilai kebenaran dan kebathilan jalan dan perjuangan yang ditempuhi dalam kehidupan apakah benar atau sebaliknya.

Keilmuan yang sahih dari kitab dan sunnah menyebabkan seseorang itu tidak salah memilih cara dan kaedah yang sahih dalam membina rumahtangga muslim. Misalnya, seorang lelaki yang memiliki ilmu yang sahih tidak akan membina rumahtangganya melalui cara yang salah seperti “berdating”, bercinta tanpa arah, melakukan maksiat sebaliknya beliau akan menjaga dirinya dan memilih pasangannya dari golongan yang beriman dan beragama.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Amal yang berterusan

Keilmuan itu terhasil dengan pengamalan dan pelaksanaan dan tidaklah membawa apa-apa hasil dari ilmu yang mendalam dan niat yang ikhlas tanpa diakhiri dengan amal dan berjihad (bergigih usaha) melaksanakan apa yang dipelajari dan difahami teruatama dalam kehidupan dengan berusaha mencapai tujuan iaitu beribadah kepada Allah dan membina rumahtangga muslim yang soleh sebagai salah satu ibadah kepada Alah swt.

Amalan yang berterusan itu bermakna tiada putus dan tidak berhenti sekerat jalan sebaliknya berterusan walaupun perlahan dan lambat tanpa perlu tergopoh-gapah. Beramal dengan Islam dan berusaha mendirikan rumahtangga muslim dengan tidak berputus asa dan berterusan mencuba dengan ilmu dan kefahaman yang sahih maka insyaAllah segala yang menjadi halangan pasti akan dapat ditempuhi dan rumahtangga muslim pasti akan tertegak walau pun memakan masa yang cukup lama.

Seorang lelaki yang gigih berusaha membina rumahtangga muslim pasti akan menemui pelbagai halangan ini kerana apa yang diusahakan olehnya itu merupakan satu perkara yang besar maka pastilah pelbagai ujian dan halangan akan menimpanya. Lalu dengan kegigihan dan usaha serta tawakal kepada Allah swt maka akhirnya dia akan berjaya.

Terhasilnya rumahtangga muslim memakan masa dan mungkin apa yang diusahakan sekarang baru terlihat hasilnya pada masa akan datang atau pada generasi anak cucu yang kemudian. Namun semuanya dilakukan kepada Allah swt lalu tidak perlu dibimbangi segala usaha pasti dinilai oleh Allah swt.

Beramal dalam mendirikan rumahtangga Islam bermaksud melakukan usaha dari aspek berikut :

i) Berusaha memperbaiki diri dan membina peribadi muslim dalam diri

Dimaksudkan melakukan usaha memperbaiki diri ialah mempertingkatkan kemajuan diri dan keadaan diri dari jahil kepada ilmu, dari miskin kepada kaya, dari hina kepada mulia dari sakit kepada sihat dengan usaha yang gigih.

Juga bermaksud membina peribadi muslim dengan menambahkan keilmuan dan kefahaman serta memperbanyakkan amalan serta usaha gigih untuk membentuk diri sebagai hamba Allah swt yang berkualiti.

Peribadi muslim bermakna mempunyai aqidah yang sahih, pengamalan ibadah yang sahih dan berkualiti, bermuamalah dan berhubungan dengan sesama manusia melalui muamalah yang sahih dan mulia serta mempunyai akhlak muslim yang mulia dan soleh di samping beramal kepada Islam melalui keilmuan dan kefahaman yang benar.


ii) Berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada orang lain serta berusaha membentuk peribadi muslim dalam peribadi orang lain

Beramal dengan berdakwah ialah setelah terhasil peribadi muslim dalam diri yang dapat menjadi contoh dan teladan keapda orabng lain serta mempunyai kualiti ilmu yang dapat di sampaikan dan disebarkan.

Berusaha membentuk peribadi muslim dalam jiwa orang lain ialah dengan bertahap dan berperingkat serta dimulai dengan ahli keluarga terdekat terlebih dahulu.

Tidaklah benar berdakwah kepada orang lain dengan melupakan diri sendiri dan ahli keluarga terdekat. Bahkan mereka merupakan tanggungjawab yang akan ditanyai kepada kita terlebih dahulu.

iii) Mencari pasangan yang soleh / solehah

Pasangan yang soleh atau solehah merupakan pembantu dalam agama dan komponon penting dalam membina rumahtangga yang soleh. Tanpa isteri tidak akan wujud keluarga dan terlahirnya anak maka perlulah dicari isteri yang solehah dan suami yang soleh sebagai teman hidup dan pembantu dalam agama.

Seorang perempuan boleh meminang lelaki seperti yang dilakukan oleh Ummul Mukminin Khadijah ra yang mulia dan begitu juga pihak wali keluarga perempuan untuk meminang lelaki yang soleh sebagai pasangan kepada anak perempuan mereka dibolehkan bahkan tiada kurang atau aibnya.

Bersegera kepada kebaikan ialah apabila menyegerakan pernikahan dan perkahwinan dalam usia muda dan remaja dan membantu pihak yang berhajat supaya dapat segera bernikah dan berkahwin.

Umur yang paling sesuai dalam bernikah ialah 17 tahun bagi perempuan dan 19 tahun bagi lelaki. Bahkan setelah biologi seseorang perempuan itu sudah mampu untuk melahirkan anak maka sebenarnya waktu itu sudah sesuai untuknya bernikah jika bertemu calon yang sesuai.

Pemikiran bahawa pernikahan itu mesti perlu habis belajar terlebih dahulu dan sebagainya yang membawa kepada melambatkan nikah merupakan pemikiran sekuler yang kufur dan derhaka dan kafir dan dicela oleh Islam.

Pemikiran ini satu pemikiran kuffar dan pemilik pemikiran ini perlu dikenakan celaan agama dan dihukum oleh pemerintah Islam jika wujudnya sebuah Negara Islam. Hukum pemilik pemikiran ini samalah seperti hukum mereka yang menahan fitrah pada perkara yang lain seperti menyekat seseorang dari makan dan minum dan jika membawa kematian maka perlakunya boleh dikenakan hukuman qisas maka demikianlah bagi mereka yang menyekat fitrah seksual dari disalurkan kepada jalan yang halal (nikah) maka pelakunya wajib dikenakan hukuman dan boleh dijatuhkan hukuman ta’zir oleh pemerintah Islam yang adil.

Sekiranya berlaku zina oleh anak akibat penyaluran fitrahnya kepada jalan yang halal (nikah) tidak dipenuhi oleh keluarganya (ibu dan bapa) maka pemerintah boleh menjatuhkan hukuman ta’zir kepada ibu dan bapa tersebut sebagai punca berlakunya zina oleh anak mereka.

Pernikahan itu merupakan ibadah dan dilakukan secara berjemaah dan bergotong royong sesama muslim. Di sana dengan pernikahan melahirkan ukhuwah dan kerjasama ibadah yang membawa ganjaran pahala yang besar di sisi Allah swt.

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Pemikiran kuffar sekuler yang menimbulkan konsep kahwin selepas belajar sebenarnya ditimbulkan dari sebab maddiyah (kebendaan). Punca mengapa tidak boleh kahwin sebelum habis belajar ialah kerana belum mempunyai kerja, belum mempunyai wang, belum ada kemampuan untuk menyara keluarga, takut untuk makan pasir, belum mempunyai rumah, harta dan lain-lain.

Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).

Pemikiran ini ialah pemikiran kebendaan yang ditimbulkan oleh kuffar dan mereka yang tidak beriman dengan Allah dan pemikiran ini perlu dicela serta pemiliknya perlu ditegur dan dibetulkan serta di dakwahkan dengan baik. Sekiranya pemilik pemikiran ini tetap degil dengan kebathilan dan enggan meninggalkan pemikiran ini maka dirinya boleh dihukum dan dicela serta dihinakan.

Perkahwinan dan pernikahan dalam Islam merupakan ibadah yang menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam yang lain untuk membantu mendirikannya untuk seorang bujang jika si bujang itu tidak mampu bernikah dengan berdikari sendiri.

Bahkan pernikahan yang merupakan kerjasama ibadah antara keluarga lelaki dan keluarga pihak perempuan merupakan rahmat dari Allah swt. Oleh itu sekiranya seorang lelaki itu masih belum tamat belajar dan perempuan itu pun belum selesai belajar maka jika dinikahkan tiada salahnya. Ini bahkan dituntut supaya mereka saling membantu dalam pelajaran dan memelihara diri mereka dari kemaksiatan sehingga pengajian lebih berkat dan dirahmati Alah swt.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Mengenai soal kewangan dan biaya kehidupan maka pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan boleh bekerjasama menyara anak mereka yang bernikah sehingga selesai belajar dan mampu berdikari sendiri. Ini bahkan dituntut oleh Islam sebagai satu kerjasama mulia mendirikan ibadah dan mencegah maksiat dan kerosakan.

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).

Penyelamatan apakah yang lebih bernilai selain dari menyelamat agama, maruah, harga diri dan kehormatan ? Dengan hanya nikah itu mampu menyelesaikan banyak perkara sosial yang lain maka sangat besar cela dan murka Allah dan Islam kepada mereka yang menghalang pernikahan tanpa sebab yang kukuh dan hanya kerana keduniaan.

Perlulah diingati hadith baginda seperti dari riwayat Abdullah ibn Umar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda :

“ Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).


iv) Mendidik isteri dan anak serta keluarga

Barangsiapa yang diberi rezeki oleh Allah swt untuk dapat berpeluang menikmati rezeki berkeluarga dan mempunyai isteri atau suami maka hendaklah bersyukur dengan sebesar-besar syukur kerana masih ramai bujang yang tidak mampu bernikah kerana terzalim oleh keadaan.

Hendaklah menghargai rezeki dan nikmat dari Allah swt dengan memberi didikan dan pengajian kepada isteri dan anak-anak dengan didikan dan tarbiyah Islamiyah. Seorang suami bertanggungjawab kepada isterinya dan ibubapa bertanggungjawab kepada anaknya dalam membentuk peribadi dan jiwa anaknya.

Didiklah isteri dan anak-anak dengan tarbiyah Islamiyah dan kasih sayang serta layani mereka dengan sebaik mungkin kerana ianya merupakan tanggungjawab dan akan disoal di hadapan Allah swt.

Mendidik isteri dan anak-anak dengan tarbiyah Islam supaya mereka menjadi peribadi muslim dan dinaungi oleh rumahtangga Islam yang soleh. Mendidik mereka dengan aqidah yang sahih, ibadah yang benar, ilmu dan kefahaman yang sahih, akhlak yang soleh dan mulia.

v) Mempertahankan keluarga dari kerosakan dan kejahatan

Memelihara rumahtangga dari unsur kejahatan dan kemaksiatan merupakan kewajipan dan tanggungjawab baik suami dan isteri. Hendaklah suami itu memelihara isterinya dan anak-anaknya dari kerosakan baik fizikal ataupun pemikiran dan mental.

Menjaga keluarga dari kerosakan fizikal dari kecederaan dan kejahatan manusia lainnya, atau dari binatang atau dari bahaya. Selain dari itu hendaklah juga memelihara keluarga dari sihir dan ancaman mental baik tekanan perasaan dan ancaman psychology.

Juga paling penting memelihara keluarga dari ancaman dan kerosakan agama terutamanya dari aspek pemikiran dan kepercayaan sesat dan jahil . Menjaga keluarga dari kerosakan akhlak dengan menapis unsur-unsur pencemar seperti contohnya televisyen di rumah yang membawa siaran kotor dan mempengaruhi pemikiran, dari persekitaran, jiran dan masyarakat.

vi) Mewariskan kebaikan dan hikmah serta keimanan kepada keluarga

Membina rumahtangga yang soleh dan muslim itu bukan bermakna sewaktu kewujudan kita sahaja sebaliknya menjadi generasi dan umat kemudian yang akan mewarisi kebaikan dari apa yang kita wariskan.

Rahmat Allah itu ialah dengan ilmu seperti yang disebut oleh baginda sallahualaihiwasalam : "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama" (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari & Muslim).

Hendaklah mewariskan anak-anak dan isteri dengan nasihat-nasihat dan wasiat yang baik sebagai pesanan dan panduan kemudian hari dan meninggalkan bekalan yang berguna untuk keluarga dan sebaik-baik bekal itu ialah taqwa dan iman.

Mengajarkan anak-anak dengan hikmah dan ilmu serta akhlak yang mulia sehingga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt dan menjadi bekalan bapa dan ibu setelah meninggal dunia.

Sekiranya mempunyai harta hendaklah membahagikan harta dan mewasiatkan sejak dari awal supaya tiada wujud perebutan harta dan pergaduhan setelah meninggalnya bapa.
Hendaklah mendidik anak supaya menjadi zuhud dan qana’ah (berpada dengan yang halal) dan menjauhi syubhat dan haram.

Iman itu tidak boleh diwarisi, tetapi boleh disemai dalam hati supaya anak itu mempunyai ketabahan iman dan kekuatan mempertahankan dirinya dari cabaran dunia berbekal iman dan taqwa dan sesungguhnya lahirnya anak yang hebat ialah dari ibu bapa yang hebat.


Moderator


Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir’aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra’ ayat yang bermaksud:

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku“.

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.

2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.

5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.

7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.

8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam ‘Talmud‘ iaitu tafsiran kepada kitab ‘Taurat’, ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

· Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.

· Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.

· Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.

· Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi“.

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.


MOHAMAD TAUFIK ABDUL AZIZ

Ilmiah

Manusia, Alam dan ISLAM…Suatu Kebergantungan

Mengenal diri sendiri bererti kita mengenal pencipta kita. Ayat ini seringkali kita dengar, akan tetapi adakah kita pernah memikirkannya secara mendalam? Menjadi khalifah di muka bumi, adalah satu tanggungjawab yang begitu berat, yang mana tidak sanggup ditanggung oleh mana-mana makhluk lain melainkan manusia. Siapakah manusia? Apakah khalifah? Dan apa kaitannya dengan muka bumi serta ISLAM? Mari kita lihat maksud istilah satu persatu dan kaitan antara ketiga-tiganya.

Sebelum memulakan perbincangan dengan lebih jauh, apakata kita membuat sedikit persediaan minda, buka minda kita seluas-luasnya, buka minda kita dengan cahaya Yang Maha Pencipta, semoga apa yang akan kita lalui ini merupakan satu perbincangan yang ilmiah dan bermanfaat.

Manusia, adalah berasal daripada perkataan arab nasia memberi makna lupa, lalai. Dan manusia adalah pengamalnya, makhluk yang lupa, yang sering lalai, itulah manusia. Di dalam Al-Quran, telah Allah sebutkan bahawa manusia adalah Allah lantik menjadi khalifah di muka bumi. Khalifah juga adalah berasal daripada perkataan arab khalafa yang wakil, duta. Bererti, manusia adalah wakil Allah dalam konteks mentadbir alam ini.

Alam, apakah alam? Juga berasal daripada perkataan arab ‘alam, memberi maksud seluruh makluk ALLAH yang ada di sekeliling kita sama ada diketahui atau pun tidak. Yang melibatkan benda hidup dan bukan hidup. Dan ISLAM juga berasal daripada kalimah arab yang bermaksud selamat, aman yang mana memberi umat ISLAM satu cara hidup yang selamat dan aman serta mengajak umatnya mengenal Tuhan Yang Maha Esa.

Setelah kita mengetahui makna istilah-istilah di atas, kita dapat berfikir sejenak apakah kaitan semuanya yang menjadikan hidup di dunia ini sangat unik dan lebih bermakna, dan jika diteliti kembali, semuanya ada kaitan yang rapat dengan ISLAM. Manusia sebagai khalifah di muka bumi adalah diamanahkan oleh ALLAH untuk hidup dengan baik dengan semua makhluk-makhluk lain. Dengan memahami keperluan hidup masing-masing, tugas ini akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Oleh itu, kaitan manusia dengan alam kini jelas menunjukkan bahawa kita harus bersedia untuk bekerjasama dengan alam sekeliling kita. Namun kini, kita dapati alam sekitar telah banyak didominasi dan dimanipulasi fungsinya oleh manusia yang sering lupa dan lalai akan tanggungjawab sebenar mereka terhadap alam sekitar. Bersikap rakus menebang dan meratakan pokok untuk mengaut keuntungan semata-mata adalah masalah utama yang kita hadapi sekarang. Tapi, rata-rata masyarakat tidak mempedulikannya kerana berfikir bahawa perkara tersebut tidak akan memberi kesan kepada mereka.

Inilah cara berfikir manusia yang leka dalam nikmat dunia. Mereka lupa tsunami yang melanda, mereka leka dengan kesan La Nina, mereka tidak mengambil iktibar daripada JE, mereka mengendahkan sebaran penyakit H5N1 (selsema burung), mereka memandang sebelah mata kepada rubella dan demam denggi, dan pelbagai lagi musibah yang melanda sekarang. Mengapakah perkara ini boleh terjadi? Zaman dahulu jarang kita dengar bencana alam dan penyakit yang pelik lagi aneh, tapi sekarang, ia ibarat angin yang membelai cuping telinga manusia,

Inilah sebenarnya akibat manusia tidak menjalankan amanahnya sebagai khalifah dengan baik dengan mengabaikan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Bencana alam dan penyakit-penyakit yang mucul yang dinyatakan di atas ini boleh dijelaskan dengan kaedah saintifik, yang mana ia berpunca daripada manusia itu sendiri. Demikianlah akibat yang diterima apabila manusia itu gagal merubah sikap ‘tak apa’ mereka. Sikap yang akhirnya merosakkan kualiti hidup mereka.

Langsung, ini juga adalah kaitannya dengan ISLAM. seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, alam semesta menyimpan sejuta rahsia ALLAH yang kita sendiri tidak mampu menyingkap kesemuanya kerana terhad ilmu yang dikurniakan ALLAH. Alam sekitar ini juga adalah satu anugerah dan nikmat ALLAH yang tidak ternilai harganya. Berbakti kepada alam sekitar adalah dikira sebagai menjalankan tanggungjawab moral kita sebagai orang yang beragama. ISLAM juga mengajarkan umatnya supaya berbuat baik kepada semua makhluk.

Jika dilihat dari sudut saintifik, apa yang diajarkan dalam ISLAM memang tepat dan ada kaitan dengan ilmu sains. Ini kerana ia datang dari sumber yang sama, ISLAM dan ilmu sains tabii, adalah datang daripada Yang Maha Pencipta, lagi Maha Agung. Perkaitannya memang tidak dapat dinafikan kerana ia adalah salah satu punca yang ALLAH mahu manusia mengkaji dan belajar mengenai alam semesta. Ini juga menunjukkan betapa agungnya agama yang ALLAH turunkan.

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa semua yang ada di muka bumi ini saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain, saling lengkap melengkapi dan inilah yang menjadikan kehidupan di dunia ini unik dan menarik. Semuanya tidak dapat dipisahkan daripada ISLAM dan akhirnya akan balik semula kepada Penciptanya ALLAH S.W.T.. Demikianlah ALLAH telah mewujudkan kehidupan ini. Bersyukurlah kerana kita diberi peluang menikmatinya….Syukran lillah…Alhamdulillah

Marilah kita sama-sama muhasabah diri sebelum terlambat.

Kritikan dan komen di alu-alukan….

NUR AFIFAH RAMDAN


Modal Insan

GURU DAN PEMBENTUKAN MODAL INSAN

Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, Perdana Menteri Malaysia kelima telah membangkitkan mengenai Konsep Modal Insan dalam pembentangan Rancangan Malaysia KE 9 (RMK 9). Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020.

Apabila harapan kerajaan ini difokuskan kepada generasi pelapis, sudah tentu mereka ini adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah pada masa sekarang. Merekalah yang bakal menerajui negara dalam segenap lapangan. Merekalah yang akan jadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan negara seterusnya merekalah yang akan menjadi golongan yang akan berusaha memajukan negara di samping menikmati apa juga kejayaan yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu.

Dalam penulisan ini saya tertarik untuk membincangkan peranan guru secara langsung dalam membentuk generasi pewaris tampuk kepimpinan negara ini berteraskan konsep modal insan yang digagaskan oleh kerajaan. Seperti mana yang kita telah maklum, adalah menjadi tanggungjawab guru dalam menyediakan dan mempersiapkan generasi pelapis ini dalam era revolusi informasi abad ke 21. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pembentukan “knowledge worker” dalam era kepesatan teknologi ini sangat luas sehingga tak terdaya untuk dikawal oleh guru-guru, walaupun dalam sekolah.

Jika kita lihat fenomena yang berlaku dalam masyarakat Malaysia kini, guru-guru sering dipersalahkan jika anak-anak tidak mencapai kecemerlangan. Ini bermaksud masyarakat telah memandang rendah terhadap profesionalisme perguruan di Malaysia sekarang, berbanding pada zaman dahulu. Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutamanya apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada kemajuan negara-bangsa dan global.

Jika kita kaji, banyak aspek ditekankan oleh pihak pentadbiran sekolah dalam rangka melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut akademik terutamanya aspek pembangunan fizikal di sekolah. Pihak pentadbiran menuntut bangunan yang selesa, komputer yang cukup, makmal komputer yang lengkap, makmal Sains yang banyak sudah cukup untuk membuktikan komitmen pihak sekolah untuk melahirkan insan yang cemerlang di bidang pelajaran. Tetapi, pada masa yang sama mereka mengabaikan mengenai aspek pembentukan akhlak pelajar di sekolah menyebabkan selepas sekolah bukan Universiti yang dijejaki oleh para peljar ini, tetapi Penjara dan Pusat Serenti yang menanti.

Walaupun dalam usaha melahirkan sebuah negara yang maju, kebanyakan perbincangan lebih dominan memperdebatkan hal-hal fizikal, namun aspek pembentukan akhlak amat perlu dititikberatkan terutamanya bermula di peringkat persekolahan. Mengambil contoh fenomena terkini yang berlaku dalam sistem pendidikan sebuah negara maju iaitu Amerika Syarikat menunjukkan bilangan murid-murid yang belajar di rumah “homeschooling” semakin meningkat dari setahun ke setahun sebagai manifestasi ketidakpercayaan ibubapa dan orang awam terhadap kualiti dan prestasi pendidikan yang ditunjukkan oleh sekolah-sekolah awam. Perkara ini berpunca akibat kebimbangan ibubapa terhadap sistem persekolahan yang boleh menjejaskan aspek fizikal, mental dan spritual anak-anak mereka. Tidakkah anda semua terfikir bahawa Malaysia juga akan mengalami kedaaan yang sama apabila mencapai taraf negara maju nanti?

Oleh itu, guru seharusnya memahami akan peranan mereka sepenuhnya dalam menjayakan modal insan ini. Segalanya perlu bermula dari diri guru tersebut. Menjadi seorang guru yang cemerlang bukan sahaja dinilai dari aspek luaran semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan peribadinya, kecekapan dan ketrampilan mental dan intelektualnya, kestabilan emosi dan spiritualnya seta kebijaksanaan kepimpinannya. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi bakal peneraju kemajuan negara suatu hari nanti.

NORHASRIZA MUSTAFA

Universiti

UNIVERSITI DAN KEINTELEKTUALAN

Sebelum memulakan penulisan ini, saya tertanya-tanya,Siapakah seorang intelektual? Adakah orang-orang yang memegang segulung ijazah atau segulung master ataupun Phd yang mempunyai ilmu yang tinggi? Persoalan ini telah membawa kpd penulisan artikel ini. Seorang intelektual adalah seorang yang menggunakan inteleknya dan yang berfikir serta boleh menganalisis. Universiti adalah institusi yang dianggap menggunakan kaedah penikiran dan renungan. Inilah sebabnya mengapa orang mengharap pendidikan universiti untuk melahirkan para interlektual.

Adakah benar pendidikan universiti melahirkan para interlektual sedangkan ramai golongan interlektual yang tidak pernah menuntut di universiti..Di dunua barat,2 ahli fikir abad ke 19 yang terkenal,Herbert Spencer dan Proudho tidak memiliki ijazah tetapi mampu mengegarkan dunia dengan idealisma mereka. Begitu juga dengan Ho Chi-Ming dari Vietnam dan Mao tse-Tung dari China.Interlektual Indonesia, Mohd Natsir merupakan seorang guru tanpa pendidikan universiti. Disebaliknya terdapat ramai orang lain,sama ada di barat ataupun timur termasuk negara kita sendiri,yang walaupun ada pendidikan universiti tetapi tidah seharusnya dipandang sebagai intelek..Kenapa..Ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran berfikir yg kritis.

Walaupun demikian, memandangkan kepada fungsi Universiti yg dianggap 'gah' dalam melahirkan seseorang intelek maka masyarakat akan berkeinginan untuk mengetahui sama ada pendidikan universiti di Malaysia sedang menghasilkan golongan intelektusl atau tidak. Apa yang dapat saya katakan adalah kita sedang melahirkan semakin banyak graduan atau mahasiswa yang memiliki pendidikan tinggi yang formal.Hanya segelintir Imtelektual yang dapat dihasilkan.

Apakah buktinya? Apabila kita mengamati dengan teliti,kita akan menyedari betapa kurangnya pemikiran yang dilakukan terhadap isu berkaitan dengan politik,ekonomi dari hubungan etnik oleh manusia yg digelar mahasiswa.Jarang sekali graduan uniersiti yang mengemukakan persoalan-persoalan berkaitan hal ini.Mereka telah terlatih untuk belajar dan mendapatkan Gred yang baik dalam kos yg diambil tanpa menpedulikan isu-isu yang dianggap akan menggangu pembelajaran mereka. Dengan adanya sikap sedemikian sedikit sebanyak telah menghakis ciri-ciri intelektual yg perlu ditanam dalam diri mahasiswa.

Dalam membincangkan isu etnik contohnya, amat kurang sekali sikap ingin mengetahui (curiosity) bagaimana sikap kebudayaan membawa kesan keatas hubungan etnik.Jika dilihat hanya sebilangan mahasiswa yang menghadirkan diri dalam Kursus-kursus seperti Kursus Alternatif Hubungan Etnik. Bahkan soalan nasional yg penting seperti "Kebudayaan Identiti malaysia yang kita inginkan' pun tidak pernah dianalisiskan secara intelektual. Jika adapun hanya pertanyaan-pertanyaan,peringatan, dan beberapa analisis yg cetek. Kurang terdapat pemikiran yang sistematik dan tafsiran berlanjutan.

Apakah sebab kurangnya kemajuan intelektual di universiti. Antara sebab utama ialah wujudnya kawalan politik terhadap idea-idea dan ancaman keatas para intelek itu sendiri. Walaupun ia dipandang remeh bagi sesetengah pihak, tetapi ia membawa kesan yang menakutkan kepada 'bakal' pemikir dan penafsir muda utk mewujudkan idealisma mereka.Lihat sahaja betapa banyaknya penyelewengan yang dilakukan dalam pilihanraya kampus di seluruh malaysia...kenapa ini berlaku..sama-sama kita renungkan.

Selain itu, sebab lain yang menyebabkan kurangnya kemajuan intelektual di universiti ialah sistem pendidikan yang tidak menggalakkan pemikiran secara serius di kalangan mahasiswa. Para penuntut hanya didedahkan dengan teori semata-mata,tidak menggalakkan pemikiran yang asal dan bebas. Ini sedikit sebanyak telah menyekat idealisma mereka dan skop pemikiran mereka diperkecilkan.

Satu pendekatan baru terhadap dasar pendidikan Universiti diperlukan. Penekanan mestilah dibuat keatas pemikiran kritikal. Para pelajar hendaklah melihat berbagai isu dalam sejarah yg sebenar, Politik, sosiologi dan ekonomi secara kritis. Disamping pendedahan terhadap ilmu falsafah. Mereka juga digalakkan mengkaji keadaan sosial tertentu dalam persekitaran mereka.Setelah matang melalui latihan,barulah teori serta contoh sosiologi dan politik dari luar diperkenalkan.Dengan cara ini seseorang mahasiswa akan menjadi bebas dari segi intelek serta mempunyai pemikiran yang tidak dikuasai oleh idea-idea yang tiada atau ada kena mengena dengan latarbelakang mereka.

Walaubagaimanapun, Universiti di negara kita tidak mungkin bersetuju menjadikan 'pemikiran kritikal' sebagai asas sukatan pelajaran. Ini adalah kerana Universiti di malaysia ditubuhkan dengan tujuan mengekalkan sistem, atau yang lebih tepat sistem Tanpa tradisi interlektual...ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN..Fikirkan

Alifah Ahmad

;;